| Minyak naik!! RM2.70!! Berbaloi ke bagi kita?? | |
|
|
| Author | Message |
|---|
farwanz Basic 1 Jump


  Age : 23 Joined : 04 Jun 2008 Posts : 8 Location : Kuala Lumpur
| Subject: Minyak naik!! RM2.70!! Berbaloi ke bagi kita?? Wed Jun 04, 2008 10:13 pm | |
| | Pada 5hb Jun 2008, negara kita sekali lagi menaikkan harga minyak petroleum dan diesel. Di sini saya perasaan saya bercampur aduk. Marah ada, pening ada, tertipu pun ada. Saya seorang pelajar yg masih menuntut di dalam jurusan Kejuruteraan Awam. Oleh itu saya agak kurang bijak didlam sektor ekonomi. Kerajaan kita beria2 mengatakan semua rakyat akan dapat subsidi. Tapi berbaloi atau tidak dgn subsidi yg bagi saya tidak seberapa kepada rakyat Malaysia yg rata berpendapatan sederhana. Bukanlah niat saya ingin mempertikaikan kerajaan negara kita, cuma seperti yg dikatakan oleh Pak Lah dalam satu sidang media sebelum dan selepas 2 atau 3 hari selepas pilihanraya, tiada kenaikan harga bagi bahan bakar tersebut sehingga Ogos. Bagi saya, tidak boleh kah Petronas iaitu salah sebuah syarikat minyak yg begitu ternama di dalam negara kita memberi mekanisme pengawalan harga berdasarkan kehebatan, keuntungan yg diterima dan pengalaman di dalam berhadapan harga bahan bakar ini? Bukanlah saya hendak agung2kan pemimpin pembangkang negara kita iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim, tapi kita boleh nampak selama beliau menjadi Menteri Kewanganan negara di atas kepercayaan mantan PM kita Tun Fr Mahathir Mohd, selama 10 tahun negara kita kekal harga bahan bakar sebanyak RM1.10. Bezakan para pembaca post ini sekalian. Dan saya merasakan tidak salah sekiranya pihak kerajaan kita mengadakan perbincangan dgn beliau atasa dasar cintakan negara kita. Mungkin ada yg tidak bersetuju dgn saya, tapi apa salah sekurang2nya kita ada alternatif dgn orang yg pernah "bermain" dgn masalah yg boleh kita katakan masalah dunia.Saya disini hanyalah sebagai outsider opinion, dan pendapat saya pun ramai orang boleh katakan sebagai picisan, tapi sedarlah rakyat Malaysia, negara kita bukan senang untuk dibangunkan, tapi mudah untuk dijatuhkan. Saya alu2kan kepada semua yg berminat untuk bersama2 membincangkan isu ini. Manalah tahu sekiranya ada pemimpin negara kita terbaca isu yg cuba saya sampaikan tergerak hati untuk mencari jalan dalam pengurusan harga bahan bakar ini. Bukan sahaja bahan bakar tapi semua barang runcit, barang makanan, dan yg melibatkan ekonomi kita semua. Wallahualam. |
|
 | |
s14y3r ADMINISTRATOR


Joined : 24 Apr 2008 Posts : 16 Location : Tempat Anjing Kene Tendang
| Subject: Re: Minyak naik!! RM2.70!! Berbaloi ke bagi kita?? Sun Jun 08, 2008 8:52 pm | |
| macam yang pernah kawan saya katakan,
| Quote: | | "sekarang ni bukan kita shj yg berbincang isu ini, tetapi berjuta2 org sedang memperkatakannya. tetapi berapa org jer yang mengambil tindakan?" |
masalah naik harga ni susah nak cakap. nak kate saya setuju, tidak. nak kate xsetuju, tidak jugak. dulu zaman tun, minyak xnaik, pembangunan naik. tapi sekarang dorg ckp minyak naik utk naikkan pembangunan. tapi saya lum lagi nmpk pembangunan yang betul2 menyerlah. pembangunan yg ada cuma pembangunan pancing undi. pembangunan di negeri pembangkang. rakyat tak buta. jika betul2 ada yg positif dengan kenaikan minyak ni, rakyat tak marah. tapi kita belum nmpak lg sebarang perubahan positif.
hmm.... just my 2 cent. _________________
 |
|
 | |
an2ler ADMINISTRATOR


Joined : 17 Apr 2008 Posts : 32
| Subject: Re: Minyak naik!! RM2.70!! Berbaloi ke bagi kita?? Tue Jun 10, 2008 1:07 pm | |
| | Sistem pentadbiran negara yang sangat lemah..... tu saja yg boleh di ucapkan... |
|
 | |
farwanz Basic 1 Jump


  Age : 23 Joined : 04 Jun 2008 Posts : 8 Location : Kuala Lumpur
| Subject: Re: Minyak naik!! RM2.70!! Berbaloi ke bagi kita?? Tue Jun 17, 2008 8:45 am | |
| | Sekurang2nya kerajaan kita harus memberi penerangan yg lebih tepat dan dapat memuas hati semua rakyat Malaysia. BUkan apa kerana majoriti penduduk Malaysia bukanlah mempunyai pendapatan yg tinggi. Bekerja di kerajaan pun gaji tinggi mana yg mampu dikecapi masing2. Lebih menyukarkan lagi sosialogi rakyat kita nanti. Contoh apabila ada seorang lelaki ingin meminang anak dara org, duit hantaran dgn majlis lagi sekurang2nya hampir RM20k. Itu contoh paling mudah untuk kita nampak. Dgn naik minyak lagi macam mana rakyat kita ingin merancang perbelanjaan masing2 dgn berhemah. Fikir2kan lah tuan2. |
|
 | |
an2ler ADMINISTRATOR


Joined : 17 Apr 2008 Posts : 32
| Subject: Re: Minyak naik!! RM2.70!! Berbaloi ke bagi kita?? Tue Jun 17, 2008 11:22 am | |
| | betul tu sokong 100%.... kempen inflasi sifar yang diperkenal kan dr M dulu ...dh menjadi inflasi tertinggi semasa pemerintahan Pak Lah... |
|
 | |
farwanz Basic 1 Jump


  Age : 23 Joined : 04 Jun 2008 Posts : 8 Location : Kuala Lumpur
| Subject: Re: Minyak naik!! RM2.70!! Berbaloi ke bagi kita?? Tue Jun 17, 2008 9:48 pm | |
| | Sebenarnya sampai sekarang saya masih lagi tertanya2. Apa motif pihak kerajaan naikkan harga minyak? Dahlah dinaikkan harga minyak untuk kita, kemudian tak habis2 mengeluh dgn mengatakan kerajaan menampung subsidi yg tinggi. Katakanlah kerajaan menanggung subsidi yg tinggi, untuk apa pula duit RM600 lebih yg diberi kepada rakyat. Ibarat seperti, mengisi pasir didalam tin yg bocor. Saya tak nampak itu merupakan salah satu langkah penjimatan dan menstabil harga minyak negara kita. |
|
 | |
frameli MODERATOR


Joined : 21 Apr 2008 Posts : 3
| Subject: Re: Minyak naik!! RM2.70!! Berbaloi ke bagi kita?? Wed Jun 18, 2008 4:03 pm | |
| | gue memang benciss pasal minyak naik....gaji tak naik....ni tanduk gue lak naik pas ni....naik beskal laa pas ni... |
|
 | |
farwanz Basic 1 Jump


  Age : 23 Joined : 04 Jun 2008 Posts : 8 Location : Kuala Lumpur
| Subject: Re: Minyak naik!! RM2.70!! Berbaloi ke bagi kita?? Mon Jun 23, 2008 1:47 pm | |
| | Hahaha. Apalah yg mampu kita nak lakukan sekarang ini. Ternyata kita hanya mampu mendiamkan diri apabila harga minyak dimanupulasikan oleh kerajaan. Setuju dgn saudara Frameli, minyak naik tapi gaji hanya lepas untuk sesuap dua nasi ke dalam perut. |
|
 | |
s14y3r ADMINISTRATOR


Joined : 24 Apr 2008 Posts : 16 Location : Tempat Anjing Kene Tendang
| Subject: Re: Minyak naik!! RM2.70!! Berbaloi ke bagi kita?? Wed Jul 02, 2008 11:52 pm | |
| tapi nk wat mcm mane... nk xnk kene jugak. yg boleh kiter wat just komplen n harapē ade laa yg sudi dengar. sesuap nasi dlm perut lg baik dari xde langsung...  _________________
 |
|
 | |
| Minyak naik!! RM2.70!! Berbaloi ke bagi kita?? | |
|