Lepas Geram
forum hit & sensasi ... berborak dan lepaskan geram.... serta share mp3, game, movie, ringtone & ilmu IT terkini.... di http://lepasgeram.crazy4us.com
HomePortalGalleryFAQSearchRegisterLog in
 

Harga Barang dang Harga Diri

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
an2ler
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR



Joined : 17 Apr 2008
Posts : 32

PostSubject: Harga Barang dang Harga Diri   Fri Jul 11, 2008 10:55 am

Membicarakan bab harga diri ini, teringat bahan bernas yang kerap menjadi hujah seorang sahabat. Beliau membawakan kisah Shakespeare yang memetik kata seorang penasihat kepada Raja.

Kata penasihat itu, jika Tuanku kehilangan kerajaan, Tuanku tidak hilang apa-apa; kerajaan boleh dirampas balik dengan cara memperhebatkan perjuangan. Jika Tuanku hilang kesihatan (jatuh sakit) Tuanku baru hilang separuh daripada diri Tuanku; tetapi jika Tuanku hilang harga diri, Tuanku telah hilang segala-galanya.

Demikianlah pada ketika harga barangan keperluan asas termasuk tepung, beras dan minyak yang berterusan naik, semakin ramai orang yang hilang harga diri. Ada yang menjaja kisah terlampau diri sendiri. Ada pula membuka kisah aib orang lain. Jika dilihat dari satu segi, seolah-olah kedua-dua perkara ini (harga diri dan harga barang) telah diletakkan di atas neraca. Jika harga barang naik, maka harga diri akan jatuh.

Mungkinkah pada ketika harga diri naik, harga barangan akan jatuh? Jika direnung secara berilmu memang begitu. Jika seseorang itu terutama peniaga dan pemimpin dikawal oleh agama (takut kepada Allah), harga barangan keperluan akan berada pada tahap terkawal kerana barangan dan keperluan asas seperti beras, gandum, air dan api sudah terjamin di bahu kerajaan sebagai sebahagian tanggungjawab pemerintah kepada rakyat.

Seorang tuan guru dalam satu majlis ilmu, mengingatkan hadirin dengan amaran menakutkan; dua daripada tiga hakim akan masuk nereka; manakala pemimpin (imam) zalim tidak akan dipandang langsung oleh Allah SWT pada hari akhirat kelak.

Siapakah pemimpin yang zalim itu? Mereka adalah orang yang tidak berhukum dengan hukum Allah. Mereka memerintah ikut nafsu dan syahwat. Mereka menangkan kroni. Mereka makan suap. Mereka mengamalkan undang-undang rimba. Menghumban manusia dalam penjara tanpa bicara. Inilah manusia yang paling dimurkai Allah SWT. Mereka paling jauh daripada rahmat Allah SWT.

Sementara itu peniaga yang jujur, hakim serta pemerintah yang adil, kedudukan mereka adalah di bawah Nabi-Nabi dan begitu hampir dengan Allah SWT, demikian kata tuan guru itu.

Jika semua orang termasuk pemimpin ada harga diri, harga barang akan berada pada paras dimampui orang awam kerana negara dibarakahi Allah SWT. Insya-Allah jika harga diri naik, harga barangan akan jatuh! _
Back to top Go down

Harga Barang dang Harga Diri

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
Lepas Geram :: # GERAM SENSASI :: Lepak Dulu-